Nama saya Ahmad Iqbal bin Rosmansham. Lahir pada 29 Oktober 2010 di Hospital Muar. Kelahiran saya ke dunia ini telah diduga dengan ujian Allah swt di mana saya telah di tempatkan ke wad bayi (nursery) sejurus lahir. Ini disebabkan masalah yang timbul akibat kekurangan oksigen ketika keluar. Masalah yang timbul, saya mendapat sawan dan doktor serta kakitangan wad bayi telah memberi bantuan pernafasan serta pelbagai jenisubatan bagi memulihkan keadaan.
Alhamdulillah, setelah bebrapa hari bergelut dengan 'situasi 50-50', akhirnya saya dapat keluar dari wad tanpa masalah pernafasan atau pun sawan. Sejuta penghargaan kepada para doktor, jururawat serta kakitangan hospital. Tanpa bantuan mereka, tanpa izin Allah, mungkin saya tidak ada lagi didunia pada tika ini.
Insyaallah saya akan kembali lagi dengan cerita lain pada masa depan. Wasalam.
6 comments: